Tuesday, June 4, 2013

Mimpi Jadi Nyata (Part 2)

Pada satu petang, aku tengok TV. Aku tengok channel 727. Channel tu semuanya tunjuk cerita pasal makanan. Pagi makanan, tengahari makanan, petang makanan, waktu orang bang pun tunjuk cerita pasal makanan.

Ketika itu channel 727 tengah tunjuk cerita pasal pembuatan muffin. Ditunjuknya macamana proses pembuatan sebiji muffin dari A sampai ke Z di kilang muffin yang boleh tahan besarnya. Ditunjuknya pulak aksi tokey kilang muffin tu makan muffin dengan gelojoh. Walaupun tokey muffin tu tua dan tak hensem, tapi aksi beliau melahap muffin tanpa adab makan itu tetap buat aku teringin nak merasa sebiji muffin. Mungkin itulah namaya kuasa TV.

Sedang aku terliur tengok muffin berbagai warna dan perisa di kaca TV, mak aku suruh pergi beli roti buat makan petang. Sebagai anak yang taat aku pun bergegas menuju ke kedai setelah diberi sekeping wang kertas oleh mak aku.

Setibanya di kedai aku terus menuju ke bahagian roti. Aku pun ambil sebuku roti yang jenamanya sudah menjadi pilihan seisi keluarga aku.

Tiba-tiba mata aku terpandang pada sepaket bungkusan berwarna coklat di belah hujung sekali pada bahagian roti di kedai itu. Aku pun menghampiri bungkusan itu. Di atas bungkusan itu tercetak tulisan berwarna biru yang berbunyi "Muffin."

Aku pulang ke rumah dengan sebuku roti dan sepaket muffin. Aku pun terus makan muffin itu dengan penuh adab, tak seperti tokey kilang muffin di TV tadi. Walaupun muffin yang aku beli tak sama seperti muffin yang ditunjuk di TV sebentar tadi, aku tetap puas.

Kesimpulannya, impian boleh jadi kenyataan jika kita punya keinginan yang tinggi, serta sedikit wang pemberian seorang ibu.

Monday, June 3, 2013

Mimpi Jadi Nyata (Part 1)

Ada satu malam tu, aku mimpi makan ais krim. Bangun je dari tidur aku asyik teringat perihal mimpi aku pada malam tu.

Waktu tengahari aku nekad. Aku pergi kedai, aku beli aiskrim dan akhirnya aku dapat makan aiskrim, sama macam mimpi aku pada malam tersebut.

Kesimpulannya, mimpi akan jadi nyata  kalau kita berusaha.

Wednesday, May 15, 2013

Bagaimana Saya Menyedari Bahawa Lesen Memandu Saya Telah Tamat Tempoh.

Semalam saya telah pergi ke sebuah toko buku yang bernama MPH. Tidak pula saya tahu apa maksud disebalik nama MPH tersebut. Tidaklah pula saya ambil peduli tentang soal serta permasalahan mengenai nama toko buku tersebut.

Tujuan utama saya ke toko...Ah malaslah nak guna 'toko' ni. Saya bukannya warga Indonesia. Selepas ini perkataan 'toko' akan digantikan dengan 'kedai'.

Tujuan utama saya ke kedai buku tersebut adalah untuk menggunakan Baucar Buku 1Malaysia atau singkatannya BB1M yang telah saya terima. Saya memilih kedai buku yang bernama MPH ini kerana saya kurang gemar dengan kedai buku yang bernama Popular. Sebagai seorang penduduk Ipoh, hanya terdapat 2 buah kedai buku yang glemer (SS Mubarak Bros tak termasuk) iaitu MPH dan Popular. Tidak seperti di Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai pilihan kedai buku seperti MPH, Popular, Borders, Kinokuniya dan Times, tempat di mana saya pernah bekerja suatu ketika dulu.

Setibanya saya di sana, buku pertama yang saya cari adalah Tafsir al-Quran. Tidak lengkap kehidupan seseorang Muslim sekiranya dia tidak mempunyai senaskah Tafsir al-Quran sebagai rujukan untuk kehidupan seharian serta untuk memudahkannya memahami makna setiap ayat di dalam kitab suci itu. Itulah sebabnya saya hendak membeli Tafsir al-Quran (selain didesak berkali-kali oleh emak saya supaya membelinya.)

Selepas menjumpai senaskah Tafsir al-Quran yang paling murah harganya, saya beralih pula kepada bahagian buku fiksyen Bahasa Inggeris. Setelah membelek-belek dan melilau-lilau di dalam kedai itu beberapa kali, saya mengambil keputusan untuk membeli sebuah buku yang bertajuk 'To Kill a Mockingbird.' Sebenarnya saya sudah berhajat untuk membaca buku ini sejak saya berada di bangku sekolah lagi kerana saya pernah terbaca sebuah artikel yang mengatakan buku ini sangat berpengaruh dan memberi kesan dalam bidang kesusasteraan Inggeris.

Setelah yakin dan pasti dengan pilihan saya, saya pun melangkah penuh yakin menuju ke kaunter. Saya pun meletak kedua-dua buku yang saya pilih itu di atas kaunter lalu dengan sopan saya berkata bahawa saya ingin menggunakan baucar buku. Juruwang lelaki yang bertugas di kaunter itu terus mengambil kalkulator lalu menjumlahkan harga kedua-dua buku tersebut.

"43 ringgit." Juruwang itu menyatakan jumlah harga kedua-dua buku pilihan saya itu.

"Oh, ada baki 7 ringgit la kalau saya nak guna baucar RM 50 ni. Bolehkah saya mengambil majalah untuk mencukupkan RM 50?" Tanya saya tak berapa yakin kerana di tempat kerja saya sebelum ini, baucar buku hanya boleh digunakan untuk membeli buku dan alat tulis sahaja.

"Boleh." Jawab juruwang itu. Nampaknya kedai MPH ini mempunyai peraturan yang berbeza dalam penggunaan baucar buku.

"Kalau macam tu saya pergi cari majalah kejap ye."

Saya pun bergegas ke bahagian paling depan kedai itu iaitu bahagian majalah. Pelbagai majalah tersusun rapi dipamerkan di atas rak menggamit saya untuk memilihnya. Mata saya tertancap ke sebuah majalah yang berjudul FHM. Muka depan majalah itu begitu menarik minat saya untuk membelinya. Namun begitu saya cepat-cepat beristighfar dalam hati lalu beredar mencar majalah lain.

Lebih kurang 10 minit mencari, saya akhirnya memilih majalah bercorak keagamaan berjudul 'al-Ustaz' untuk diberikan kepada emak saya. Harga majalah itu RM 9. Saya perlu menambah RM 2 kerana jika dijumlahkan semuanya akan berjumlah RM 52, lebih RM 2 daripada nilai baucar buku.

Saya menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Juruwang itu meminta saya menunjukkan kad pengenalan. Prosedur biasa. Saya serahkan sarung kad pengenalan yang berwarna biru kepadanya. Di dalam sarung itu juga terletaknya lesen memandu saya.

Juruwang itu membelek-belek kad pengenalan saya. Kemudian, matanya tertumpu pula kepada lesen memandu saya. "Aku tau la muka aku hensem, tak payahlah tengok lama-lama." getus hati saya.

"Eh bro, lesen bro dah mati ni." Kata juruwang tersebut.

"Eh ye ke? Bila matinya?" Jawab saya separa terkejut.

"Minggu lepas." Juruwang tersebut menunjukkan tarikh tamat tempoh lesen memandu saya kepada saya.

"Laaa...tak perasan la pulak."

Serius. Saya tak perasan langsung. Selalunya perkara penting macam ni saya tak lupa. Entah syaitan mana yang buat saya lupa pasal benda penting seperti tarikh tamat tempoh lesen memandu ni.

"Hehe, sori la bro, tertengok pulak." Juruwang tertawa kecil.

"Takpe takpe. Terima kasih la sebab bagitau ye."

"Hati-hati bro, takut kalau ada road block nanti."

"OK OK. Terima kasih."

Setelah selesai proses jual beli, saya pun berlalu keluar dari kedai itu.

"Cilakeeee...Macamana boleh lupa ni!" Hati kecil saya berbicara

Begitulah kisahnya bagaimana saya menyedari bahawa Lesen Memandu saya telah tamat tempoh.


Thursday, January 31, 2013

It's In The Game

Foto asal:

Steady Kak Wan, steady! -Brader baju hijau.


Foto yang telah dimanipulasi oleh bulubesi manipulasi:

Dapatkannya segera di ceramah-ceramah PKR berhampiran anda!




Sementara itu:

Blimey, what a cracker! -Mat Saleh belah kanan

Ahli politik Malaysia memang suka sepak bola ke macamana?

Tuesday, January 22, 2013

Pure

You are blacker than a moonless night,

You are whiter than snow,

You are the purest thing that I ever know.