Tuesday, June 4, 2013

Mimpi Jadi Nyata (Part 2)

Pada satu petang, aku tengok TV. Aku tengok channel 727. Channel tu semuanya tunjuk cerita pasal makanan. Pagi makanan, tengahari makanan, petang makanan, waktu orang bang pun tunjuk cerita pasal makanan.

Ketika itu channel 727 tengah tunjuk cerita pasal pembuatan muffin. Ditunjuknya macamana proses pembuatan sebiji muffin dari A sampai ke Z di kilang muffin yang boleh tahan besarnya. Ditunjuknya pulak aksi tokey kilang muffin tu makan muffin dengan gelojoh. Walaupun tokey muffin tu tua dan tak hensem, tapi aksi beliau melahap muffin tanpa adab makan itu tetap buat aku teringin nak merasa sebiji muffin. Mungkin itulah namaya kuasa TV.

Sedang aku terliur tengok muffin berbagai warna dan perisa di kaca TV, mak aku suruh pergi beli roti buat makan petang. Sebagai anak yang taat aku pun bergegas menuju ke kedai setelah diberi sekeping wang kertas oleh mak aku.

Setibanya di kedai aku terus menuju ke bahagian roti. Aku pun ambil sebuku roti yang jenamanya sudah menjadi pilihan seisi keluarga aku.

Tiba-tiba mata aku terpandang pada sepaket bungkusan berwarna coklat di belah hujung sekali pada bahagian roti di kedai itu. Aku pun menghampiri bungkusan itu. Di atas bungkusan itu tercetak tulisan berwarna biru yang berbunyi "Muffin."

Aku pulang ke rumah dengan sebuku roti dan sepaket muffin. Aku pun terus makan muffin itu dengan penuh adab, tak seperti tokey kilang muffin di TV tadi. Walaupun muffin yang aku beli tak sama seperti muffin yang ditunjuk di TV sebentar tadi, aku tetap puas.

Kesimpulannya, impian boleh jadi kenyataan jika kita punya keinginan yang tinggi, serta sedikit wang pemberian seorang ibu.

No comments: